Penyanyi dan komposer terkenal, Malique Ibrahim, 48, sekali lagi menarik perhatian warganet selepas memuat naik gambar Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak di Instagram miliknya tanpa sebarang kapsyen.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang mula berteka-teki mengenai tujuan Malique ke hospital berkenaan.
Ada yang beranggapan Malqiue mungkin melawat rakan seindustri, Yasin Sulaiman, manakala segelintir lain membuat andaian penyanyi itu sendiri mungkin berdepan masalah peribadi.
Meninjau ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada netizen yang cuba meneka maksud disebalik perkongsian berkenaan.





