“Mama Boleh Je Transfer RM30,000” – Cik B Tak Kejar Hadiah Juara TTMM, Nak Banggakan Mama

“Mama Boleh Je Transfer RM30,000” – Cik B Tak Kejar Hadiah Juara TTMM, Nak Banggakan Mama

Pempengaruh media sosial, Cik B berkata dia tidak melihat dirinya sebagai penyeri bagi program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim kedua.

Memetik mStar Online, Cik B berkata dia menyertai program itu bukan mengejar untuk bergelar juara tetapi mahu menurunkan berat badan dengan aktiviti disediakan antaranya kelas menari dalam program berkenaan.

BACA: Cik B Hanya Pakai Baju Kurung 2 Jam, Raya Tak Seindah Dulu

“Saya rasa diri saya adalah penyeri dan berbakat, kalau dah saya penyeri mungkin ada potensi untuk mara lebih jauh..

“Tapi asaran utama saya adalah untuk turun berat badan. Bila masuk TTMM, ada aktiviti harian macam kelas vokal dan menari. Saya nak turunkan sehingga 80 kilogram,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B berkata bukan hadiah juara yang menjadi keutamaan untuk sertai program itu tetapi mahu melihat ibunya, Datuk Seri Vida bangga dengan dirinya.

“Pemenang dapat RM30,000? Saya tak peduli sangat tentang duit tu. Saya cuma nak mama bangga dengan saya. Sebab mama boleh je transfer duit sebanyak itu kalau nak,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top