Dunia media sosial dikejutkan dengan satu pendedahan daripada ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Kartini.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, usahawan berkenaan berkongsi berita bahawa dirinya kini berdepan dengan ujian besar iaitu kanser.
Jelas Noor Kartini lagi, berita duka berkenaan pada awalnya hanya diketahui keluarga terdekat sahaja. Dia diminta oleh doktor untuk membuat biopsi disebabkan keputusan mammogram yang kurang memuaskan.
Sebenarnya cerita ni belum diceritakan, kita family terdekat je yang tahu. 17 hari bulan mama dapat report yang mama kena pergi buat biopsi mammogram kurang cantik.
20 hari bulan doktor call cakap keputusan biopsi dah dapat, result dah keluar. Doktor kata awak disahkan kanser payudara peringkat pertama.
Ujian biopsi mengesahkan Noor Kartini menghidap kanser payudara peringkat pertama.
Netizen doakan Mama cepat sembuh

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian ini membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat buatnya.
Mereka berharap agar beliau terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.
Menerusi perkongsian kepada content creator, Abe La Senok Perut, Noor Kartini menasihati wanita supaya membuat pemeriksaan kesihatan berkala.
Beliau juga berkongsi reaksi anak-anak apabila mendapat berita duka tersebut. Anak-anaknya meminta supaya berehat daripada perniagaan dan fokus kepada proses penyembuhan.





