Newcastle: Manchester City mencat keputusan seri untuk kali kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Newcastle United mengikat juara bertahan itu 1-1 di St. James’ Park, hari ini.
Dalam perlawanan sengit yang menyaksikan lapan kad kuning dilayangkan, City mendahului pada minit ke-35 apabila pemain sayap, Jack Grealish menghantar bola kepada Josko Gvardiol, dan pemain pertahanan itu dengan bijak memperdaya Dan Burn sebelum melepaskan rembatan masuk ke gawang gol.
Newcastle menyamakan kedudukan pada minit ke-58 apabila Anthony Gordon berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol City, Ederson, yang memberikan penalti selepas menjatuhkannya.
Pemain antarabangsa England itu berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1.
City kekal di puncak liga buat seketika dengan 14 mata daripada enam perlawanan, sementara mereka menunggu keputusan perlawanan membabitkan Liverpool, Aston Villa dan Arsenal.
Newcastle pula berada di tempat kelima dengan 11 mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd




