Man City terpaksa mendarat di Liverpool

Man City terpaksa mendarat di Liverpool

LONDON: Skuad Manchester City mengharungi detik mencemaskan apabila jet pasukan mengalami masalah ketika mendarat di Manchester.

Man City pulang ke Manchester dari Portugal selepas merakam kemenangan 5-0 ke atas Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Selasa lalu.

Jet berkenaan terpaksa mengelilingi landasan sebanyak tiga kali kerana keadaan terlalu bahaya untuk mendarat susulan angin kuat disebabkan Taufan Dudley.

Akhirnya mereka terpaksa menukar haluan ke Liverpool dan mendarat di lapangan terbang berkenaan.

“Kami ingin mengesahkan kapal terbang yang membawa pasukan dari Lisbon mendarat dengan selamat di Liverpool, selepas angin kuat memaksa haluan diubah dari Manchester,” kata Man City.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top