Mana ada melayan! Gadis dedah CCTV, menangis lepas jari dihisap ‘abang askar’

Mana ada melayan! Gadis dedah CCTV, menangis lepas jari dihisap ‘abang askar’

Susulan seorang lelaki dipercayai ‘abang askar’ yang didakwa melakukan serangan gangguan seksual terhadap seorang jurujual wanita, mangsa tampil berkongsi pengalaman berdepan detik hitam itu di laman Instagram.

Menurut mangsa yang berusia 18 tahun itu, dia menyedari segelintir netizen menuduhnya seolah-olah ‘melayan’ nafsu suspek kerana dilihat tenang ketika kejadian di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Kuala Lumpur itu.

Mangsa menjelaskan, ketika kejadian dia sempat memberi amaran kepada suspek bahawa tindakan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum cuba menghubungi dua orang ‘abang’ bagi meminta bantuan.

Malah, mangsa mengakui mengalami trauma dan serangan panik apatah lagi suspek didakwa turut mengajaknya ke tandas sebelum beredar dari premis berkenaan selepas tidak dilayan.

Sementara itu, mangsa juga berkongsi dua rakaman CCTV memaparkan dirinya sedang duduk menangis apabila terkejut perlu berdepan kejadian menjijikkan itu sementara menunggu ‘abangnya’ sampai.

Berdasarkan laporan media, suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan pihak polis semalam dan direman selama empat hari sehingga 10 Oktober ini.

Sumber: Instagram W. Zhafira Ilani

Scroll to Top