“Mana Bapa Anak-Anak Ni? Enjoy Boleh Tapi Duit Makan Anak-Anak Abaikan” 

“Mana Bapa Anak-Anak Ni? Enjoy Boleh Tapi Duit Makan Anak-Anak Abaikan” 

Pelakon Linda Hashim seolah memberi gambaran mendakwa suaminya yang juga aktor Beego tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Menerusi perkongsian di TikTok, Linda mempersoalkan dimana bapa kepada anak-anaknya itu serta mendakwa duit makan mereka sudah diabaikan sekian lama.

BACA: Linda Hashim Buat 4 Laporan Polis, Dikasari Beego Sejak 2016

“Mana bapa anak-anak ini? Kalau jumpa, tanya dia tak takut ke akhirat esok kena soal macam-macam?

“Enjoy boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama. Duit makan je pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya,” katanya.

Dalam hantaran itu, Linda turut memuat naik gambar anak-anaknya sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

Pada Februari lalu, Linda nekad memfailkan cerai kali ketiga terhadap suaminya, Beego selepas banyak kali memberi peluang.

Linda turut mendedahkan dia dan Beego pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan mereka kembali rujuk pada April 2023.


Scroll to Top