Pelakon Nabila Huda dilihat ada memuat naik hantaran mengenai isu membabitkan bapanya, lagenda rock Datuk Amy Search dan penyanyi Shila Amzah.
Menerusi penghantaran di Threads, Nabila atau mesra disapa Abil menyifatkan bapanya bukan seperti sedemikian serta menyifatkan penyanyi itu seorang yang beradab dan rendah diri.
BACA: “Berhenti Memalukan Suami Tercinta…Sedar Sikit Kau Tu Pel*cur Berstatus Datin”

“Saya kenal dia, Dia bukan macam tu. He’s always polite, very cool. Semua sifat rendah diri, karakter yang ada dalam diri saya, datang dari dia. Dari kecil lagi dia selalu ajar saya untuk sentiasa jadi orang yang humble,” katanya.
Sementara itu, dalam satu hantaran lain Nabila turut mempersoalkan dimana individu yang menjadi punca porak peranda tersebut kerana hanya membiarkan suaminya dikecam.

“Mana ‘betina’ yang punca porak peranda ni ek? Senyap je. Duit nak, kaya nak, handbag mahal nak, title datin nak, semua kau dah dapat. Tapi kau biarkan kan je nama suami kau kena caci dengan taik yang kau dah buat. Jahatnya. Buat malu je lah,” katanya.

Dalam pada itu, Abil berkata ramai yang pernah menjadi mangsa buli dan makian individu terbabit, namun tidak bersuara kerana terlalu menghormati bapanya.
“Tapi,ini kali baru betul. Buku bertemu ruas. Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli dan maki kau. Tapi tak boleh nak bersuara. Eh bukan tak boleh.
“Anytime je sebenarnya nak bersuara. Tapi orang semua terlalu menghormati suami kau. Lambat lagi orang takut dengan kau! Tolonggg lah!” katanya.