“Mana Dia Saat Aku Kena Gari?” – Diceraikan Masa Live, Mak Cik Kemboja Dedah Hal Sebenar

“Mana Dia Saat Aku Kena Gari?” – Diceraikan Masa Live, Mak Cik Kemboja Dedah Hal Sebenar

Oh! Tidak

Mak Cik Kemboja dedah kisah penceraian benar, bukan marketing murahan.


Usahawan kontroversi, Mak Cik Kemboja menegaskan kisah penceraiannya adalah benar dan bukanlah marketing murahan seperti yang didakwa.

Dedah Mak Cik Kemboja, rumah tangga yang dibina selama 15 tahun musnah hanya kerana kehadiran orang ketiga yang didakwa menjadi punca perpisahan.

Suami curang dengan wanita lain

Kisah itu dikongsikan melalui satu video yang memaparkan Mak Cik Kemboja berdepan dengan individu yang didakwa ‘penyondol’.

Curang

Lebih menyayat hati, dia menyifatkan kecurangan bukanlah satu kesilapan kecil, tetapi pilihan yang meruntuhkan segalanya dalam sekelip mata.

Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila suami tidak berada di sisi saat dia sangat memerlukan sokongan.

Korang takkan rasa apa yang saya rasa. Saat tangan aku digari, kat mana suami aku. Di mana suami aku saat aku nak dia peluk aku, selamatkan aku. Lepastu dia lari tinggalkan aku macam gitu. Kau rasa aku rasa macam mana.

Dedah usahawan ini lagi, suaminya langsung tiada usaha untuk menjernihkan hubungan walaupun tahu masalah berpunca daripada curang.

Malah, suaminya memilih orang ketiga dan tergamak menceraikan dirinya secara live di TikTok sebanyak lima kali.

Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya.

BACA: Mak Cik Kemboja Diceraikan Secara Live Di TikTok, Suami Lafaz Talak Di Komen

Pssttt! Semoga Mak Cik Kemboja terus kuat menjalani hari-hari mendatang. Tak mudah untuk bangkit daripada pengkhianatan kan. Semoga dipermudahkan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top