Mangsa banjir di Johor, Pahang berkurangan kepada 8,566 malam ini – NADMA

Mangsa banjir di Johor, Pahang berkurangan kepada 8,566 malam ini – NADMA

Seramai 536 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 11 PPS di Rompin, serta masing-masing lapan PPS di Maran (473 mangsa daripada 110 keluarga) dan Pekan (213 mangsa daripada 57 keluarga).

Sebuah PPS turut dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan bencana kebakaran yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Skudai di Johor Bahru, Sungai Johor (Johor Bahru), Sungai Johor (Kota Tinggi), Sungai Johor (Kulai) dan Sungai Endau (Kluang).

Selain itu, Sungai Kedah di Kota Setar, Kedah, Sungai Kelantan (Kota Bharu, Kelantan), Sungai Perak (Hulu Perak, Perak),  Sungai Arau (Arau, Perlis), Sungai Salim Batang Rajang (Sibu, Sarawak) dan sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan (Kuantan), Sungai Pahang (Jerantut), Sungai Pahang (Pekan dan Maran) dan Sungai Rompin (Rompin).

Laporan itu juga memaklumkan terdapat 60 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh, antaranya Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri, Kuala Krai di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli, Hulu Perak di Perak dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. – Bernama

Scroll to Top