Mangsa banjir terus meningkat, lebih 16,000 orang malam ini

Mangsa banjir terus meningkat, lebih 16,000 orang malam ini

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terus meningkat kepada 16,201 orang yang membabitkan 5,504 keluarga setakat 8 malam ini.

Mereka ditempatkan di 90 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 9,830 orang daripada 3,593 keluarga dengan 40 PPS dibuka di empat daerah.

Ia diikuti Perak seramai 1,876 orang daripada 583 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS.

“Perlis pula merekodkan 1,718 mangsa banjir membabitkan 514 keluarga ditempatkan di 19 PPS, manakala Selangor mempunyai 1,168 mangsa (315 keluarga) di 10 PPS.

“Di Kedah, seramai 1,088 mangsa banjir (340 keluarga) ditempatkan di tujuh PPS, sementara di Pulau Pinang terdapat 385 orang (103 keluarga) di empat PPS,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, Terengganu pula merekodkan 136 mangsa banjir membabitkan 56 keluarga ditempatkan di satu PPS.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top