Mangsa mudah terperdaya modus operandi 'kitar semula'

Mangsa mudah terperdaya modus operandi 'kitar semula'

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sikap tamak serta kurang pengetahuan mengenai keselamatan digital menyebabkan ramai individu terperangkap menjadi mangsa sindiket penipuan menggunakan modus operandi ‘kitar semula’.

Konsultan Scam, Rahmat Fitri berkata, modus operandi seperti tawaran peti harta karun dari luar negara pernah popular puluhan tahun dulu kerana masyarakat ketika itu percaya dengan tawaran berkenaan.

“Faktor modus operandi sama berulang semula ketika ini kerana setiap taktik penipuan tidak memerlukan sebarang kos kewangan. Jadi, sasaran sindiket adalah mereka yang tiada pengetahuan dan tamak.

“Jika dulu, ada mangsa yang kurang bijak dan tamak terpedaya dengan taktik berkenaan dan kini pun masih ada golongan sedemikian yang percaya dengan ‘modal’ sama.

“Justeru itu, saya yakin pada masa akan datang, taktik ini masih terus diguna pakai selagi masih wujud individu yang kurang bijak dan tamak untuk menjadi mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sindiket penipuan beranggapan selagi ada peluang dan ruang, mereka akan meneruskan kegiatan itu termasuk mengguna pakai taktik lama.

Mereka cari mangsa!

RM50,000 ‘hangus’ beli peti harta karun Jerman

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top