Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

“Tak nak komen saya takut”.

Demikian respons pelakon versatile, Fasha Sandha apabila penampilannya berhijab dipuji ramai.

Kata Fasha, 41, dia enggan memberikan komen lanjut susulan penampilan terbaharunya itu selain berharap peminat dan orang ramai diluar sana mendoakan yang terbaik.

“Saya rasa macam inilah ‘very simple’, saya adalah seorang manusia yang tidak boleh dan tidak layak untuk bercakap hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Sebabnya, saya belum sempurna.

“Pada saya, banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki.

“Jadi, saya tak nak komen lebih-lebih saya takut,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz bersyukur dengan perubahan imej isterinya itu.

Sekaligus, terus mendoakan yang terbaik buat kejayaan isterinya.

“Kita semua juga doakan yang terbaik untuk dia.

“Sebagai suami, sudah tentu saya memang mahukan yang baik-baik untuknya. Jadi, saya akan sentiasa mendoakan untuk dia,” jelasnya.

Terdahulu, Fasha pernah menuai tumpuan selepas berkongsi beberapa foto miliknya mengenakan hijab di platform media sosialnya.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top