Pelakon, Sharifah Sakinah mencuri tumpuan selepas berkongsi sebuah foto manis memakai hijab di akaun media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Sharifah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, berkongsi foto sedang menikmati Harum Manis.
Namun begitu, raut wajahnya yang kelihatan ‘mulus’ tanpa menggunakan sebarang alat solek, selain memakai tudung menerima pujian ramai.
Ada yang menyifatkan Sakinah seolah-olah nampak lebih tenang selepas mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.
April lalu, Sakinah mengesahkan dirinya sudah berkahwin lagi, namun enggan mendedahkan identiti suaminya.
Harian Metro melaporkan majlis pernikahannya itu difahamkan berlangsung di ibu kota secara tertutup, selain hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan artis.
Sekadar info, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha, pada 2015 sebelum mereka berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.
Malah, Sakinah pernah berkahwin buat kali kedua bersama jejaka berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada 2021, namun bercerai pada penghujung 2023, namun mereka tidak dikurniakan zuriat.
Artikel Berkaitan: Rahsiakan Identiti Suami, Sharifah Sakinah Sah Kahwin Kali Ketiga