“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menyorot perhatian selepas berkongsi beberapa hantaran di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya.

Menerusi hantaran quotes yang dimuat naik, Nora berkata, individu paling berbahaya adalah mereka yang sentiasa bersikap cemburu terhadap orang lain apatah lagi merasa puas sekiranya dapat memusnahkan kebahagiaan orang tersebut.

“Manusia yang paling bahaya adalah mereka yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain.

“Dan merasa puas apabila dapat memusnahkan kebahagiaan itu,” kongsinya.

Manakala dalam hantaran berlainan pula, pelantun lagu Dendam Dalam Diam itu menegaskan, dia bukanlah seorang yang warak namun sedar dengan tugas-tugas yang perlu dijalankan sebagai seorang isteri.

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

“Jangan kita sombong, tidak menghargai kebaikan suami, rasa diri betul dan asyik pandang kesalahan suami sedangkan kita juga (isteri) banyak kelemahan dan kekurangan.

“Cuma, kadang-kadang suami lebih memilih untuk pendam, sabar dan diam,” katanya.

Scroll to Top