“Manusia Tak Akan Berubah Hanya Kerana Rasa Takut” – Zizi Kirana

“Manusia Tak Akan Berubah Hanya Kerana Rasa Takut” – Zizi Kirana

Penyanyi, Zizi Kirana mencuri tumpuan apabila memberi pandangan peribadinya selepas menonton filem Sore.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zizi berpendapat bahawa perubahan seseorang individu ke arah kebaikan itu bergantung kepada kemahuan diri sendiri.

“Daripada cerita (Sore) ini, kita belajar manusia tidak akan berubah hanya kerana rasa takut atau kerana orang lain ingin dia berubah.

“Seseorang hanya akan berubah kalau dia sendiri mahu perbaiki hidupnya,” katanya.

Sebelum ini, nama Zizi menjadi perbualan hangat selepas didakwa rumah tangganya bersama aktor, Yusof Bahrin sedang bergolak.

Dakwaan tersebut mula tercetus apabila Yusof dan Zizi dikatakan sudah tidak saling mengikuti di media sosial.

Bagaimanapun, Yusof dalam satu temu bual sebelum ini menafikan dakwaan perkahwinannya bersama Zizi sedang dilanda masalah.

Sebaliknya, aktor itu menegaskan dia dan Zizi sejak awal perkenalanan tidak mengikuti satu sama lain di media sosial.

Sementara itu, Zizi pula enggan memberikan sebarang komen atau respons terhadap isu tersebut dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya.

Sekadar info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Artikel Berkaitan: “Sejak Awal Penglibatan Dalam Dunia Seni, Saya Pilih Untuk Tak Campur Hal Kerja & Peribadi” – Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Buka Mulut Isu Rumah Tangga, Jawab Spekulasi ‘Unfollow’ Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Scroll to Top