Marah ditegur makan tak tunggu ahli keluarga, lelaki tikam abang

Marah ditegur makan tak tunggu ahli keluarga, lelaki tikam abang

Jakarta: Seorang pemuda di Sumatera Utara, Indonesia tergamak membunuh abang kandungnya hanya kerana berang ditegur makan tanpa menunggu ahli keluarga lain.

Portal Kompas melaporkan, suspek dikenali Hanafi, 33, manakala Hermansyah, 41, sebagai mangsa.

Ketua Perhubungan Awam Polis Batubara, Ahmad Fahmi berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang bertarikh 11 April lalu.

“Awalnya, suspek datang ke rumah mangsa kemudian makan tanpa memikirkan ahli keluarganya yang belum menjamu selera.

“Jadi itu yang menjadi motif pertelingkagan antara mereka” ujar Fahmi dalam keterangan bertulis pada Isnin.

Tidak berakhir di situ, pertelingkahan itu membawa pergaduhan yang berlaku di luar rumah.

Kemudian,Hanafi memukul Hermansyah di bahagian kepala dengan memakai kayu.

“Hermansyah terjatuh dan waktu itu, suspek juga memukul abangnya dengan tangan,” katanya.

Penduduk cuba membantu meleraikan pergaduhan dan membawa Hermasnsyah ke hospital.

Bagaimanapun, Hermansyah tidak dapat diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia.

Sementara Hanafi melarikan diri namun ditahan tidak sampai satu jam untuk siasatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top