Maria Danisha Hakim Nafi Ada Masalah Dengan Keluarga | Oh! Artis – Oh! Media

Maria Danisha Hakim Nafi Ada Masalah Dengan Keluarga | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Danisha Hakim jelaskan luahan hati di TikTok bukan isu keluarga, minta netizen henti spekulasi.


Maria Danisha Hakim akhirnya bersuara selepas luahan hatinya sebelum ini menarik perhatian ramai. Ini selepas ramai yang mula membuat andaian sendiri, malah ada yang kaitkan dengan isu keluarga.

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini tampil memberi penjelasan di mana perkongsian itu sebenarnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak termasuk ahli keluarganya sendiri. Dia juga berharap orang ramai tidak terus membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Saya ingin membuat klarifikasi mengenai hantaran yang dimuat naik dalam TikTok. Perkongsian tersebut tidak menyebut mana-mana pihak terutama ahli keluarga saya. Jadi, saya minta jasa baik orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.- Katanya.

Danisha Hakim tegaskan hubungan keluarga masih baik

Dalam masa sama, Danisha turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan keluarga berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang konflik berlaku seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya dan keluarga baik-baik sahaja dan tiada konflik antara kami. Saya juga menghargai semua rasa sayang dan sokongan menerusi komen serta mesej peribadi yang kalian kirimkan, terima kasih.- Jelasnya.

Sebelum ini, luahan hati Danisha mencuri perhatian apabila dia menyatakan rasa seperti sering diabaikan dan bimbang menjadi beban. Perkongsian itu membuatkan netizen mula mengaitkannya dengan isu melibatkan Marissa Dania Hakim.

Untuk info, Marissa kini menjadi perhatian ramai susulan isu rumah tangga bersama suaminya, Mohd. Aslam, yang melalui prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk sebanyak dua kali.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan netizen membuat pelbagai andaian termasuk mengaitkan luahan Danisha dengan konflik keluarga, walaupun ia tidak disahkan.

Abby Abadi Aslam Marissa Dania

Pssttt! Kadang-kadang satu luahan saja pun boleh disalah tafsir macam-macam, lagi-lagi bila melibatkan individu dikenali. Jadi korang, sebelum buat spekulasi atau kecam, elok kita tunggu penjelasan sebenar. Tak semua benda yang kita nampak tu ada kaitan dengan drama besar pun.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top