Pempengaruh dan model jelita, Marissa Dania sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas membalas komen seorang individu yang mendakwa suaminya, Aslam bahagia dan tidak boleh hidup tanpa isteri pertama, Umisya Mazlan.
Menerusi platform di TikTok miliknya, anak perempuan kepada bekas pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi membidas komen netizen dengan menitipkan sindiran untuk tidak mudah tertipu dengan kemesraan rumah tangga yang dipaparkan oleh madunya itu.
“Awak jangan tunjuk sangat senang digula-gulakan,” katanya.

Namun begitu, komen tersebut telah dipadam sejurus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sementara itu, Umisya turut memuat naik sebuah perkongsian di TikTok menunjukkan foto bersama anak perempuannya namun kapsyen di muat naik itu seolah-olah mempunyai makna tersirat.
“Ada wanita yang sanggup memodifikasi tulang rusuknya sedemikian rupa, bertahan dari sekian benturan, hingga ia lupa dia seorang wanita,” tulisnya.

@_umisyamazlan Bila isteri harus menjalankan tanggungjawab 🙄




