Marissa Dania Dan Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Cerai Dan Rujuk

Marissa Dania Dan Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Cerai Dan Rujuk

Oh! Artis

Marissa Dania dan Ahmad Aslam hadir ke mahkamah bersama-sama.


Perkongsian terbaru melibatkan Marissa Dania Hakim dan suaminya, Aslam mencuri perhatian ramai selepas kedua-duanya dilihat hadir ke mahkamah.

Menerusi hantaran mStar di media sosial, pasangan ini dilaporkan tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi urusan penting melibatkan rumah tangga mereka.

Tuntutan pengesahan lafaz cerai dan rujuk

Menurut kapsyen yang dikongsikan, kehadiran mereka ke mahkamah adalah bagi tujuan tuntutan pengesahan lafaz cerai serta permohonan pengesahan rujuk.

Lapor mStar lagi, suami Marissa pernah melafazkan cerai di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025.

Mereka bagaimanapun rujuk kembali dalam bulan yang sama ketika lafaz cerai dibuat.

Difahamkan, permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu telah difailkan oleh Aslam pada 10 Mac lalu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh peguam syarie kepada Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri.

Apabila disebut pengesahan, maka sudah ada lafaz cerai dan rujuk. Sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, mahkamah akan putuskan.

Dalam masa sama, peguam memaklumkan bahawa pihaknya telah memberikan nasihat sewajarnya kepada pasangan tersebut berkaitan rumah tangga.

Nasihat saya kalau nak nikah, laksanakan secara betul.

Lebih rumit, proses pengesahan ini dilakukan tanpa sijil pernikahan walaupun perkahwinan mereka telah disahkan oleh mahkamah.

Mahkamah telah sahkan perkahwinan mereka, tapi sijil nikah belum keluar lagi sebab masih ada beberapa prosedur dan perbicaraan yang perlu dilalui.

Kata peguam lagi, permohonan lafaz dan rujuk kali ini agak rumit kerana belum ada sijil nikah.

Pssttt! Hal rumah tangga sememangnya sensitif dan penuh emosi. Apa pun yang berlaku, semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan urusan dengan baik dan diberikan ketenangan dalam membuat keputusan terbaik untuk masa depan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top