Oh! Artis
Marissa Dania bakal sambung belajar bersama adiknya dalam jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan hingga ke peringkat Bachelor.
Pelakon terkenal, Norman Hakim meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pendidikan anak-anaknya dipermudahkan selepas pihak universiti mencadangkan laluan pendidikan khas buat mereka.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Norman memaklumkan bahawa anaknya, Marissa Dania bakal menyambung pengajian bersama adik perempuannya, Maria Danisha dalam jurusan yang sama.
Ambil jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan
Menurut Norman, pada awalnya temujanji pendaftaran dengan pihak universiti hanya untuk Maria Danisha tetapi pihak universiti mencadangkan education pathway bersama Marissa Dania selepas melihat keputusan SPMnya.
Kedua-dua anaknya akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan bermula daripada peringkat Diploma sehingga Bachelor.
Namun, apabila memasuki peringkat Bachelor nanti, mereka akan mempunyai pengkhususan berbeza mengikut minat masing-masing.
Marissa diberi fleksibiliti oleh pihak universiti
Dalam masa sama, Norman turut berkongsi bahawa pihak universiti memberikan fleksibiliti kepada Marissa untuk berulang-alik ke kampus memandangkan komitmennya dalam menguruskan label perniagaannya sendiri.

Malah, Norman turut mendedahkan bahawa anak-anaknya dijangka memulakan kehidupan kampus pada awal suku tahun ketiga 2026 nanti.
Norman Hakim akan bekerja keras untuk bayar kos pengajian

Sebagai seorang bapa, Norman mahu memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak walaupun mengakui kos pengajian sehingga ke peringkat Bachelor bukanlah murah.
Papa kena kerja lebih smart dan efficient lagi lepas ni sebab tengok kos pembelajaran hingga ke peringkat Bachelor ni pun bukan kaleng-kaleng.
Walaupun begitu, Norman tetap bersyukur dan percaya segala perancangan yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Pssttt! Seronok juga bila adik-beradik dapat sambung belajar bersama-sama dalam bidang yang sama. Selain boleh saling membantu, ia juga pasti jadi pengalaman manis buat mereka berdua sepanjang kehidupan kampus nanti.
Kredit: Instagram Norman Hakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



