Penyanyi, Marsha Milan tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kontoversi ‘Konsert Sumandak Stars’ kerana masih belum mempunyai info tentang konsert Itu.
Sejujurnya saya pun tak nak cakap lebih sebab saya tiada info langsung berkenaan konsert ini.
Saya juga belum berjumpa dengan mana-mana pihak.
Oleh yang demikian, Marsha ingin berjumpa dan berbincang terlebih dahulu dengan pihak yang menganjurkan konsert ini selain berasa terkejut dengan apa yang berlaku.
Harap Dipermudahkan

Ya saya terkejut, tapi bagi saya terlalu awal untuk saya bercakap apa-apa, konsert pun lagi beberapa minggu jadi saya hanya harap semua dipermudahkan.
#NasihatOhmedia
Harap pihak penganjur dapat membuat perbincangan dengan artis-artis yang terlibat supaya konsert ini berjalan dengan lancar.
