Penyanyi bersuara lunak, Marsha Milan meluahkan rasa syukur dan terharu apabila lagu nyanyiannya, Hening Rindu berjaya meraih trofi Emas di Content Asia Awards 2025 bagi kategori Best Sound Design Created in Asia for an Asian TV Programme/Series.
Menerusi hantaran di Instagram, Marsha, 40, menzahirkan penghargaan buat semua yang terbabit dalam pembikinan lagu tersebut termasuk komposer, Wan Salleh dan Ikhwan Fatanna.
“Masya- Allah TabarakaAllah. Alhamdulillah Hening Rindu (OST Aku Bukan Ustazah) was awarded Best Sound Design Created in an Asian TV Programme/Series at the Content Asia Awards, Taipei.
“Syukur, this recognition is truly the result of teamwork for Rekaman Studio, @wansaleh , @ikhwanfatanna , @mediaprima.official & @alternate.my_ . Terima kasih kerana mencurahkan jiwa & raga dalam project ini.
“Saya sangat bersyukur kerana suara saya menjadi lagu runut bunyi yang membawa banyak jiwa. Ini benar-benar perjalanan bersama,” katanya.
Sekadar info, lagu yang sarat dengan emosi, Hening Rindu dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).




