
Sejak mengumumkan niatnya untuk bertudung dan berhijrah ke arah lebih baik sejak memeluk Islam, bintang youtuber Maryam You Narae mendapat permintaan tinggi sebagai model berhijab. Malah, ramai yang memintanya untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan, yang bertemu jodoh bersama Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi.
Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Simple Tak Berbelit
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae ada berkongsi tutorial tudung ringkas hingga berjaya menarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika ‘on-off’ memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Melalui sebuah hantaran video yang dimuatnaik Maryam dilaman Instagram miliknya, ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar Mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqamah 😍 #from Indonesian
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Kolabrasi Jenama Tudung
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber: Instagram Maryam Younarae
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Berhijab Dalam Busana Jubah Putih, Kejelitaan Maryam Younarae Dipuji! Cantik Bak ‘Bidadari’
Download seeNI sekarang!


Solat lima waktu itu wajib di dalam Islam. Sujud merupakan salah satu bahagian yang wajib dalam solat. Buat para wanita muslimah, terdapat macam-macam jenis sujud yang anda perlu ketahui juga ya.


Tujuan utama sujud adalah untuk menunjuk dan membentuk status seorang muslim itu sebagai hamba Allah. Sujud juga ingin menunjukkan rendah hati seseorang itu, penyerahan diri dan pengabdian seorang hamba kepada penciptaNya.
Adab ketika bersujud mempunyai tiga iaitu menutup aurat, mempunyai wudhu, menjaga kebersihan serta menghadap kiblat. Perkara ini sangat penting apabila melakukan sujud di dalam solat. Walaupun secara umum sujud merupakan bahagian gerakan solat, namun sujud juga boleh dilakukan dalam pelbagai kondisi tertentu. Ianya bergantung atas jenis sujud apa yang dilakukan.
Ini merupakan sujud yang perlu diketahui muslimah.
1. Sujud solat


Sujud merupakan salah satu daripada rukun solat. Selain itu, sekiranya anda solat dan tidak bersujud maka solat anda akan terbatal atau tidak sah ya.
Ini adalah doa sujud di dalam solat:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhaana rabbiyal a’laa wa bihamdih (3x)
Bermaksud: “Maha suci Rabb-ku yang Maha Tinggi dan memujilah aku kepada-Nya.” sumber dari artikel wolipop.detik.com
2. Sujud Syukur


Sujud syukur ini dilakukan apabila setiap kesempatan yang membuahkan hasil kejayaan atau bebas dari kejahatan yang terjadi dari diri anda. Ianya tidak memiliki syarat jika anda lakukannya tetapi ahli agama memerintah agar menjaga kebersihan dan arah kiblat anda.
Sujud syukur ini berlaku apabila mendengar nikmat tertentu yang terjadi juga. Ia dianjurkan bagi segera bersujud kepada Allah.
سبحان ربي الأعلى
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi
Sebagai orang muslim, hendaklah kita berterima kasih kepada Allah atas barakahnya. Akan tetapi, tiada dalil buat seseorang itu mengucapkan takbir pada awal sujud atau taslim selepas itu.
3. Sujud Sahwi


Ramai yang tidak tahu Sujud Sahwi ini merupakan sujud kelalaian. Ia terjadi apabila seseorang itu diperintahkan untuk sujud dua kali sekiranya dia terlupa rakaatnya, maka ia harus melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi mazhab Hanafi dan Hanbali mewajibkan sujud ini. Tetapi buat mazhab lain akan menganggapnya sebagai Sunnah.
Sujud Sahwi ini dilakukan apabila anda berada dalam situasi ini:
- Jika seseorang itu lalai dalam solat. Sebagai contoh seseorang itu melakukan hanya tiga rakaat ketika solat zuhur. Apabila teringat, dia perlu melakukan rakaat keempat dan dua sujud untuk kelalaiannya sendiri.
- Apabila seseorang itu menambah rakaat atas kekhilafan. Sebagai contoh solat lima rakaat untuk Zuhur. Maka dia harus untuk sujud sahwi dua kali.
- Apabila seseorang itu melupakan beberapa Sunnah Muakaddah atau wajib.
- Apabila individu tersebut salah membaca beberapa bacaan di dalam solat seperti membaca surah Al-Fatihah setelah tashahhud atau membaca setelah bangun dari ruku’.


Jadi sebagai muslimah, kita perlu tahu tentang sujud-sujud yang perlu dilakukan ini. Akan tetapi sujud merupakan perkara yang wajib di dalam solat.
Sumber: Wolipop.detik.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Ikon fesyen yang sering menjadi tarikan hijabis di luar sana walaupun dikritik tetapi tetap kental. Figura seni mempunyai perancangan yang teliti dalam menyusun masa hadapan beliau.
Neelofa melangkah ke satu arah yang tak terjangka oleh kita, berkongsi dengan peminat kerjasama bersama aplikasi Muslim Pro, Makna By Lofa sahamnya untuk akhirat.
Ramai selebriti mempunyai bakat versatil berlakon, mengacara, menyanyi dan sebagainya. Bagi Neelofa biarlah suaranya didengar untul manfaat semua.
Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suaranya sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.
“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, saya akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang saya ada ditulis dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan Makna By Lofa menerusi aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.
Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.
“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.
“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” kongsi Lofa lagi.
Neelofa kini sedang menjalankan ibadah Haji kali ke 2 bersama kaum keluargaya ibu dan dua adik lelakinya berkongsi video rakaman dari atuknya di mana selepas wukuf hujan turun dengan lebatnya.
Setelah menghadapi kesukaran visa tidak diluluskan sebelum berlepas ke tanah suci, ramai peminat setia mendoakan segala urusan ibadah Neelofa dipermudahkan dan diberi Haji yang mabrur.


Ternyata selebriti yang berasal dari Kelantan ini mempunyai pengikut setia yang selalu menyokong setiap usaha beliau.


Selain projek terbaharu bersama Aplikasi Muslim Pro, Neelofa juga telah melancarkan Lofa Brand dan koleksi terbaharu Nealofa Hijab, back to black.
Download seeNI sekarang!


Bila hujung minggu pastinya anda mahukan suasana yang santai dan relaks. Maklumlah, otak dah penat bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat.
Selain berehat di rumah, anda boleh luangkan masa dengan ‘melepak’ di sekitar kafe-kafe hispter yang turut memberikan anda ketenangan. Kopi dan kek, memang satu kombinasi yang paling sempurna untuk hujung minggu anda.
Hijabista paparkan 10 yang boleh anda kunjungi hari ini.
1. Wondermilk, Damansara Uptown
Wondermilk sememangnya mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan santai. Malah, persekitarannya juga mesra dan mempunyai tempat duduk yang luas. Wondermilk memang terkenal dengan kek cawannya yang cukup lazat.
2. A Pie Thing – Damansara Uptown
Cukup dikenali dengan pelbagai jenis pie yang tidak boleh anda jumpa di mana-mana restoran lain. Memang sedap!
3. Artisan Roast Coffee – Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama rakan-rakan, Artisan Roast Coffee merupakan kafe yang digemari ramai. Admin kalau pergi sini, tak sah kalau tak order mocha. Terbaik mocha di sini.
4. Foodsbury, Shah Alam
Buat pencinta kopi, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kopi di sini seperti Cappucino, Mocha, Cafe Latte dan Mocha Caramel. Buat penggemar desserts, anda boleh cuba Almond Salted Caramel Cake dan Cheese Cake Brownies. Power habis!
Artikel berkaitan: Ubat Kerinduan Hijabi, Kafe Baharu Suasana Paris Ini Pertaruhkan Menu Ala Perancis. Menarik!
5. Chemistry Cafe + Lab, Shah Alam
Kafe yang cukup unik! Dekorasi kafe ini membayangkan anda seperti berada di dalam makmal kimia dan merupakan kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Menariknya, kafe ini turut menggunakan peralatan makmal seperti tabung uji, bikar, kelalang kon dan lain-lain lagi.
6. Wood & Steel, Kota Damansara
Wood & Steel sentiasa menyambut para pelanggan dengan keharuman aroma kopi yang cukup memukau. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan rasa kopi yang lazat menjadikan setiap sisipan begitu berbaloi.
7. Cake Jalan Tiung, Shah Alam
Buat penggemar kek, kafe ini merupakan antara kafe yang wajib dikunjungi. Mempunyai hiasan dalaman yang ringkas namun menarik, kek yang dijual di sini memang enak dengan harga yang berpatutan.
8. Rimba & Rusa, Kota Damansara
Terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara, Rimba & Rusa mempunyai rekaan yang cukup menarik. Sesuai buat para hijabi yang gemar berselfie. Makanan yang dijual juga menarik dan lazat-lazat semuanya.
Sumber: says.com & harianpost.com
Artikel berkaitan: Dari Gerai Tepi Jalan Dan Van ‘Usang’, Kini Kafe ‘Hipster’ Hasil Renovasi Dua Hijabi Cetus Inspirasi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!