MAS siasat segera dakwaan Pandelela

MAS siasat segera dakwaan Pandelela

Andy bercakap pada sidang media Pertemuan Persekutuan Renang Malaysia bersama Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) akan menyiasat segera dakwaan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bahawa wujudnya gangguan ‘entiti’ hingga menjejaskan peluang penerjun negara melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024, di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu.

Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata, beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai dan mendapat pengesahan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) yang dijangka mengambil antara tiga minggu dan sebulan.

“Tiada banyak (mengenai gangguan), selepas kita selesai siasatan, baru kita tahu apa yang sebenarnya…kemudian akan dimaklumkan pada sidang media,” katanya selepas mesyuarat pascanilai kegagalan skuad terjun negara di Doha selama hampir empat jam di sini, hari ini.

Kejohanan Dunia itu yang merupakan sesi kelayakan terakhir untuk Olimpik Paris 2024 menyaksikan tiada penerjun negara mengeasahkan tiket ke Paris 2024.

Scroll to Top