Walaupun masing-masing dikatakan mahu terus bersahabat dan enggan memanjangkan isu putus tunang, pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie seakan hilang sabar dengan kerenah Datuk Seri Khazrul Elzey yang tidak sudah-sudah meratip tentang ‘pagar rumah’.
Menurut lelaki itu, dia telah membiayai pembinaan pagar rumah Zarina atau mesra disapa Anju bernilai puluhan ribu ringgit.
Enggan terus dijadikan konten, Anju menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah meminta untuk membuatkan pagar di rumahnya dan ia adalah kerelaan lelaki itu.
Khazrul Elzey juga ada mengatakan yang Anju perempuan jahat hanya kerana beberapa pendedahan yang dibongkar selepas hubungan mereka berakhir.
Bengang dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Khazrul, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu telah berkongsi beberapa kenyataan menerusi Insta Story miliknya.
Terdahulu, Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey telah bertunang secara ringkas selepas beberapa waktu menunjukkan kemesraan di media sosial.
Namun, tak sampai 2 minggu bertunang, mereka memberi bayangan bahawa hubungan sedang dilanda masalah apabila masing-masing memadam gambar serta video kebersamaan mereka.
Sumber: Instagram Zarina Anjoulie