Masih belum ada jalan raya, perahu bawa stok makanan sekolah karam di sungai Katibas

Masih belum ada jalan raya, perahu bawa stok makanan sekolah karam di sungai Katibas

Sebuah perahu bawa stok makanan ke sekolah karam pada tengahari tadi di Sungai Katibas, Song, Sarawak, lapor seorang pengguna Facebook dikenali Crisstian Moses.

Menurut Crisstian Moses, sebuah bot yang digunakan untuk mengangkut barang makanan ke dua buah sekolah terletak di kawasan berkenaan karam.

“Kemalangan di Sungai Katibas Tengah (Nanga Ujat) Katibas, tengahari tadi.
“Sebuah bot panjang ini digunakan untuk mengangkut barang makanan ke Sekolah Kebangsaan Lubok Bedil dan Sekolah Kebangsaan Nanga Bangkit,”tulisnya pada sebuah hantaran di Facebook.

Artikel lain:  Besar betul! Netizen teruja, paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang

Perahu bawa stok makanan sekolah karam

Bagaimanapun, pemandu perahu berkenaan bersama beberapa individu lain dilaporkan selamat dan sempat naik ke darat.

Apa yang membuatkan ramai kecewa apabila sehingga kini penduduk di kawasan sekitar terpaksa menggunakan jalan sungai Katibas kerana masih belum mempunyai jalan raya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dan  mereka berharap agar masalah itu dapat diselesaikan demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat terutama para pelajar sekolah.

Sumber: FB Crisstian Moses 

Scroll to Top