Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia masih kekal sebagai ahli dalam kumpulan WhatsApp keluarga bekas mentuanya meskipun rumah tangga bersama pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof sudah terlerai sejak Jun 2023.
Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, berkata situasi itu tidak menjadi satu masalah buat dirinya dan dia memilih untuk bersikap matang dalam menjaga hubungan yang masih wujud.
“Sampai sekarang saya masih ada dalam group bekas keluarga mentua. Kalau ada maklumat penting, saya akan beri respon. Kalau tidak, saya hanya baca (bluetick) sahaja,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan aktres drama Suri Hati ini seorang wanita yang beruntung kerana amat disayangi oleh keluarga mentua.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sah bercerai pada 14 Jun 2023 selepas rumah tangga mereka dilanda konflik berpanjangan yang mendapat perhatian umum.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.
Artikel Berkaitan: “Kami Setuju Berkawan Baik & Tak Bermusuh” – Puteri Sarah, Syamsul Yusof Kekal Hubungan Baik Lepas Cerai.. Tak Ada Masalah Jaga Anak Bersama



