Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi

Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi

Pelakon jelita, Nadia Brian mengaku masih belum mempunyai teman lelaki sejak berpisah dengan bekas suaminya empat tahun lalu.

Katanya, dia sudah penat menjadi pilihan kedua dalam perhubungan dan kini mencari cinta sejati.

“Sekarang ini saya masih tidak ada teman lelaki, cuma kawan-kawan sahaja. Saya tidak tahu bila nak jumpa cinta sebenar.

“Doakan yang baik-baik, saya ‘target’ mahu berkahwin sebelum saya usia 35 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia menjelaskan, hantaran yang dibuat di platfrom Threads miliknya sebelum ini adalah sebagai luahan hati seorang wanita yang masih solo dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform berkenaan, Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, ada memuat naik beberapa hantaran memaklumkan, lelaki yang bertanggungjawab dan tidak tinggal solat adalah seorang lelaki yang seksi.

Untuk rekod, Nadia Brian pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk  bercerai pada April 2021.

 

Sumber: mStar, Threads

Scroll to Top