Masih serumah walau sudah berpisah

Masih serumah walau sudah berpisah

Semasa Cik Bunga dengar gosip ini disampaikan, sebenarnya Cik Bunga pun dalam keadaan tertanya-tanya juga, macam mana boleh jadi begitu ya?

Iyalah, masakan tidak. Duduk serumah sebagai bukan muhrim pun sudah terang-terangan salah dari sisi agama. Itu Cik Bunga tahu masa mereka sedang bercinta lagi lah.

Lepas itu, baru-baru ini, Cik Bung dengar yang artis lelaki berstatus duda ini pun sudah berpisah dengan kekasihnya yang lebih muda itu. Tak tahulah apa puncanya tetapi kemungkinan disebabkan jurang pemikiran yang tidak sekufu sebab si artis lelaki ini pun umurnya sudah masuk 50-an.

Kalau bercinta dengan wanita muda, tentulah tak sama tahap pemikiran dan mungkin si wanita pun tak habis rasa nak ‘enjoy’ dengan dunia lagi.

Tapi itu tidak kisahlah. Yang peliknya, okey mereka sudah putus, khabarnya. Namun, apa yang menghairankan Cik Bunga, si artis itu masih lagi duduk serumah dengan wanita yang kini bekas kekasihnya itu. Membingungkan bukan?

Bukan suami isteri itu sudah satu hal. Bukan lagi bercinta pun itu sudah satu hal. Si artis ini terlalu kebaratan sangatkah sampai tergamak jalani kehidupan seperti itu?

Nak tuduh dia dah jauh menyimpang dari agama, takut juga kita salah. Kadang-kadang nampak juga dia muat naik gambar pergi masjid untuk solat jumaat. Tapi iyalah, benda begitu siapa pun boleh buat bukan demi menunjukkan diri suci.

Tapi sekali lagi, Cik Bunga tak naklah tuduh dia begitu. Cumanya, kalau dia tahu soal halal haram, dan umur pun sudah angka 50, rasanya dia pun patut tahulah apa yang dilakukannya itu salah.

Jangan fikir orang tak akan tahu. Jiran tetangga, masyarakat semua ada mata. Tak akanlah tak boleh kenal awak itu artis walau pun mungkin rumah ada sekuriti sana sini.

Nasihat Cik Bunga, segeralah taubat. Sekarang kita pun tak sebut nama, tapi mana nak tahu kalau betul-betul kantoi, nama awak dan keluarga juga yang akan buruk.

Tidak dilupa, awak itu pun seorang bapa. Maka kenangkanlah wajah anak-anak yang terpaksa menahan malu dengan kelakuan tidak bermoral awak itu.

Scroll to Top