Masjid dan surau di Perak dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ipoh – Masjid dan surau di zon hijau dan kuning di Perak dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat wajib bermula hari ini berdasarkan kapasiti keluasan ruang solat dan dengan mengambil kira jarak fizikal antara jemaah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari bertitah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, telah memberikan perkenan atas nasihat Jawatankuasa Fatwa Perak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Buat masa ini, katanya hanya warganegara Malaysia yang dibenarkan untuk bersolat dengan perincian peribadi mereka untuk diperiksa dan direkodkan sebelum dibenarkan memasuki ruang solat.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, semua aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah antara solat Maghrib dan Isyak serta selepas solat Subuh, kuliah Dhuha, bacaan Yaasin dan tahlil juga dibenarkan.

Tambahnya lagi wanita juga dibenarkan menunaikan solat dan menyertai aktiviti di kawasan khas di masjid dan surau.

Malay News
Farah Fauzi