Masuk Hospital, Aliff Syukri Tetap Gigih Cari Rezeki Buat Live Jual Beg

Masuk Hospital, Aliff Syukri Tetap Gigih Cari Rezeki Buat Live Jual Beg

Umum mengetahui, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dimasukkan ke hospital selepas mengalami reaksi alahan teruk yang menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada seluruh badan.

Menurut Aliff lagi, dia turut mengalami simptom pening serta susah bernafas dan segera untuk mendapatkan rawatan.

BACA: Badan Penuh Tompok Merah, Aliff Syukri Syak Kena ‘Jilat Jin’

Sementara itu, meskipun dimasukkan ke hospital Aliff dilihat tetap gigih membuat siaran langsung di TikTok untuk menjual beg tangan jenamanya.

Menerusi sesi siaran langsung, Aliff dilihat terbaring di katil dalam masa yang sama mempromosikan beg tangannya di dalam wad. Kedengaran suaranya agar perlahan mungkin kerana keletihan

Ketika sesi live itu, rata-rata penonton menasihati Aliff untuk berehat seketika serta mendoakan agar usahawan itu akan segera sembuh.

Sumber: Beautifulnara


Scroll to Top