Mata Kiri Semakin Kabur, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Pusara Arwah Isteri

Mata Kiri Semakin Kabur, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Pusara Arwah Isteri

Pelakon veteran Harun Hashim menyifatkan pemergian isteri tercinta, Sakinah Ganjali pada 2024 memberi kesan mendalam buar dirinya.

Memetik mStar Online, Harun berkata selepas pemergian arwah isteri dia lebih selesa membawa diri dan tinggal berdekatan agar mudah untuk dia menziarahi pusara isteri setiap hari.

BACA: Dua Tahun Puasa Seorang Diri, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Kubur Arwah Isteri

“Saya selesa untuk tinggal kawasan kampung macam ni, walaupun jauh daripada bandar tapi rasa tenang je dan tiada masalah untuk saya.

“Lagipun senang untuk saya menziarahi pusara arwah isteri saya setiap hari tanpa jemu, rasa dekat dengan isteri saya bila tinggal sini… arwah memang tiada tandingannya sampai sekarang tiada siapa yang boleh ganti arwah,” katanya.

Sementara itu, Harun berkata dia turut berdepan masalah katarak pada mata sebelah kiri sejak dua tahun membuatkan pandangannya semakin kabur.

“Sebelah tak nampak sebab ditutup degan selaput. Jadi selepas isteri saya meninggal. Nak buang deorang kata boleh. Kalau malam agak-agak je,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top