Pelakon, Mawar Rashid mencuri tumpuan apabila memberi bayangan dirinya bakal menyambut Aidilfitri bersama teman istimewa.
Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Mawar atau nama lengkapnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, menyifatkan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih indah dan istimewa apabila dia berkesempatan untuk berpakaian sedondon dengan pasangannya itu.
“Saya rasa tahun ini sambutan raya akan jadi lebih istimewa, berpasangan sedondon,” katanya.
Dalam hantaran sama, Mawar turut memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya bersama jejaka tersebut memakai busana sedondon berona kuning lembut.

Bagaimanapun, Mawar tidak mendedahkan wajah jejaka misteri yang berjaya menambat hatinya itu.
Sekadar info, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Raden Muhammad Rafael pada November 2017, namun pasangan itu bercerai pada November 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhamamd Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3.




