Maya Karin perjelas isu kostum duyung dikritik murah

Maya Karin perjelas isu kostum duyung dikritik murah

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Maya Karin, 46, menegaskan rekaan kostum duyung dalam filem Duyung: Legenda Aurora yang didakwa kelihatan ‘murah’ dibuat bagi memudahkan pergerakan pelakon dan menghidupkan suasana dasar laut yang lebih ceria.

Menurut Maya, pihak produksi memilih pendekatan berbeza berbanding filem Duyung terdahulu yang menggunakan kostum dengan warnanya lebih hidup, berat dan sukar dipakai.

“Kali ini pihak produksi cuba memudahkan semua orang sebab kali ini ada tiga duyung dalam filem ini, termasuk seorang ketua yang bertanggungjawab mengurus dan menyiapkan kami,” katanya.

Maya turut berkongsi, pengarah filem ini, mahu warna semulajadi laut lebih menyerlah bagi menyeimbangkan visual ikan serta batu karang.

“Warna kostum kami pun berbeza, saya biru kehijauan, manakala kostum Anna pula hijau kekuningan dan kemerahan coklat.

“Bila digabungkan, ia nampak cantik dan sesuai dengan dunia di bawah laut,” katanya.

Selain itu, Maya turut berkongsi, pengalaman membintangi filem Duyung: Legenda Aurora yang memberikan dimensi baharu.

“Kalau filem Duyung sebelum ini masih dalam fasa eksplorasi, tapi kali ini produksi sudah tahu keperluan, keselamatan, apa yang berfungsi dan apa yang perlu diperbaiki,” katanya.

Selain Maya, filem Duyung: Legenda Aurora turut dibintangi Anna Jobling, Yusry KRU, Saiful Apek dan Ayie Floor 88.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top