am@hmetro.com.my
Georgetown: Wanita dan kanak-kanak yang mayatnya ditemui sudah reput dalam unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambar di sini, dipercayai kali terakhir ditemui Mei lalu.
Menurutnya adik wanita itu mahu dikenali sebagai Nor, kakaknya berusia 40 tahun tinggal bersama anak berusia dua tahun di pangsapuri itu selepas bercerai dengan bekas suami dan dikatakan tidak bekerja.
“Kali terakhir saya jumpa kakak ialah pada hujung Mei lalu,” katanya di sini, malam ini.
Sementara, jiran mangsa yang tinggal di aras sama menyangka wanita berkenaan sudah berpindah kerana tidak mendengar sebarang bunyi dari rumah itu.
“Sebelum ini dia maklumkan mahu pindah dan pernah nampak dia bawa barang seperti mahu pindah.
“Dia mengaku rumah itu bakal dilelong dan dan mahu berpindah ke Seberang Perai dan selepas itu kami sudah tidak nampak dia,” katanya yang mendakwa kali terakhir lihat mangsa pada Mei lalu.
Terdahulu Harian Metro melaporkan penemuan mayat wanita dan kanak-kanak yang sudah reput dalam unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, susulan jiran menghidu bau busuk dan melaporkannya kepada polis pada 4.41 petang tadi.
Mayat dalam pangsapuri berkemungkinan ibu dan anak – Polis
© New Straits Times Press (M) Bhd