Trending
Kes kehilangan lima beranak terjawab selepas enam rangka manusia ditemui dipercayai dibakar tiga bulan lalu.
Terkini! Polis mendedahkan kes kehilangan lima beranak akhirnya terjawab apabila enam rangka manusia ditemui dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit, Kangkar Pulai, Johor Bahru 9 Januari lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan rangka manusia itu daripada seorang lelaki berusia 48 tahun kira-kira jam 1.28 tengah hari.
Enam mayat termasuk tiga kanak-kanak

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, lelaki terbabit sedang berusaha menjejaki isteri dan anak-anak yang sudah lama terpisah.
Mereka dikatakan tinggal di rumah berkenaan terletak dalam kebun kelapa sawit.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat rangka manusia di dalam rumah yang sudah terbakar itu. Bedah siasat mengesahkan terdapat enam rangka, masing-masing dua orang dewasa dan empat kanak-kanak.
Mangsa dewasa dikenal pasti sebagai lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 35 tahun, manakala empat lagi ialah anak kepada wanita tersebut iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima dan sembilan tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Pihak forensik percaya semua mayat tersebut telah dibakar kira-kira tiga bulan lalu.
Empat ditahan, dua akan didakwa membunuh

Susulan penemuan itu, polis menahan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun.
Penahanan suspek dibuat di sekitar Iskandar Puteri pada 21 Januari bagi membantu siasatan.
Siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai kaitan sebagai rakan penagih. Tiga daripada mereka juga positif dadah jenis methamphetamine.
Menurut Ab Rahaman, dua daripada suspek lelaki akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dua lagi suspek dibebaskan dengan bon jamin polis dan akan dijadikan saksi.
Polis dalam masa sama menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes ini.
Pssttt! Berita ini cukup menyayat hati, apatah lagi bila mangsa turut melibatkan kanak-kanak kecil. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan dan mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




