Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa mayat lelaki dewasa yang ditemui di Sungai Klang, petang tadi adalah Nidza Afham, adik kepada seorang penyanyi wanita iaitu Aufa Hanie.
Ya. Dipercayai adalah adik penyanyi yang dilaporkan hilang semalam.- Kata Datuk Hussein ketika dihubungi malam ini.
Mayat Nidza Afham telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Nidza Afham, 23, atau nama penuhnya Muhammad Nidza Afham Mokhtar, dilaporkan hilang selepas keluar untuk joging di sekitar Stadium Klang, Selangor, sekitar jam 11.53 malam semalam.
Namun, dompet dan telefon bimbitnya ditemui di Jambatan Sungai Klang, menambah kebimbangan terhadap keselamatannya.
Penemuan ini mengakhiri pencarian yang mencetuskan kebimbangan ramai, terutama keluarga dan rakan-rakan mangsa.
Salam takziah buat keluarga mangsa…






