Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera

Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera

Kuantan: Polis menemukan satu mayat lelaki dalam keadaan separa reput di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, Bera hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, Balai Polis Mengkarak menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.

“Punca kematian dan pengesahan identiti masih dalam siasatan. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Temerloh (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkiflee meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-910 1044 atau 09-250 8222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top