am@hmetro.com.my
Kajang: Mayat remaja lelaki berusia 14 tahun yang lemas ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana ditemui petang ini.
Menurut sumber, mangsa ditemui dalam takungan air berhampiran sebuah pasar raya berdasarkan bau yang dikesan oleh pasukan operasi menyelamat (SAR).
Tinjauan di tempat kejadian ketika ini mendapati anggota SAR yang terdiri daripada polis dan bomba sedang mengeluarkan mangsa.
Turut kelihatan ahli keluarga mangsa berada di tempat mayat ditemui.
© New Straits Times Press (M) Bhd




