Mayat wanita bergari ditemui mereput, tiga suspek ditahan

Mayat wanita bergari ditemui mereput, tiga suspek ditahan

TANGERANG SELATAN – Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan bergari di Kampung Cibogo, Mukim Cisauk, Daerah Tangerang, Banten.

Ketua Balai Polis Cisauk, Inspektor Kanan Dhady Arsya berkata, ketiga-tiga suspek telah diberkas oleh pihak Polis Daerah Metro Jaya dan kini sedang disoal siasat bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Pihak polis telah menahan tiga orang suspek dan siasatan kini dikendalikan sepenuhnya oleh Polis Daerah Metro Jaya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut beliau, semua siasatan dan sidang media berkaitan kes itu akan dikendalikan oleh pihak ibu pejabat polis berkenaan.

Sebelum ini, penemuan mayat wanita tanpa identiti dalam keadaan mencurigakan menggemparkan penduduk setempat selepas seorang penduduk menghidu bau busuk dari kawasan semak berhampiran.

“Mayat tersebut ditemui oleh penduduk kampung yang mengesyaki sesuatu selepas terhidu bau busuk yang kuat,” katanya pada Khamis.

Menurut Dhady, mayat itu ditemui dalam keadaan memakai baju hujan berwarna merah jambu dan bertudung ungu. Bagaimanapun, wajah mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana keadaannya yang telah mereput.

“Tangan mangsa bergari ke belakang, dan keadaan wajahnya tidak dapat dikenali lagi,” jelasnya.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Polis Kramat Jati untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Kita telah menyerahkan mayat kepada pihak hospital untuk tujuan forensik dan kita tidak membuat sebarang andaian sebelum hasil siasatan diperoleh,” tambah beliau.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian serta kaitan suspek yang ditahan.

Terdahulu pada Rabu penemuan mayat wanita dalam keadaan mengerikan menggemparkan penduduk Kampung Lampung Kancil, Cibogo, Cisauk, Kabupaten Tangerang.

Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Cisauk, AKP Dhady Arsya memaklumkan bahawa mayat tersebut dikenal pasti sebagai seorang wanita muda berusia antara 20 hingga 25 tahun, dengan keadaan kedua-dua tangannya bergari.

Katanya, keadaan mayat yang sudah mereput menyukarkan pasukan penyiasat untuk mengenal pasti sebarang kecederaan pada tubuh mangsa secara fizikal.

Penemuan mayat tanpa identiti itu turut tular di media sosial selepas dimuat naik oleh akaun Instagram @kabar.cisauk. Menerusi perkongsian tersebut, penduduk setempat dilihat berkumpul di lokasi kejadian bagi menyaksikan proses evakuasi.METRO TV

Scroll to Top