“Mayatnya Ditemui Sudah Keras” – Adam Corrie Tak Sambut Tahun Baru Cina

“Mayatnya Ditemui Sudah Keras” – Adam Corrie Tak Sambut Tahun Baru Cina

Pelakon Adam Corrie reda apabila tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina tahun ini bersama ibu tersayang yang meninggal dunia pada Disember lalu.

Memetik mStar Online, Adam berkata dia meluahkan rasa terkilan kerana tiada disisi ibunya ketika menghembuskan nafas terakhir.

BACA: “Ibu Saya Baru Meninggal” – Adam Corrie Tak Sambut Tahun Baru Cina Tahun Ini

“Untuk menghormati keluarga, saya tak boleh sambut dan pakai baju yang terang-terang sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini.

“Saya sebenarnya mahu simpan kesedihan ini seorang diri. Cuma apa yang boleh dikatakan, perkara paling rindu adalah tidak dapat jumpa ibu ketika dia meninggal. Ketika itu saya sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat ibu di Taiping, Perak,” katanya.

Menurut Adam, pemergian ibunya pada awalnya tidak diketahui oleh ahli keluarga terdekat sebaliknya dimaklumkan oleh rakan mendiang yang juga bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Ibu saya setiap petang akan keluar berjalan dan ditemani rakanya yang bekerja sebagai e-hailing. Setiap hari memang akan panggil dia sahaja untuk bawa ibu saya.

“Jadi pada hari Khamis, dia telefon ibu sebab ibu tidak cari dia. Panggilan telefon pun tidak dijawab. Begitu juga pada keesokan harinya.

“Jadi kawan ibu minta izin adik untuk masuk ke rumah untuk tengok keadaan ibu, bila masuk mayat sudah keras. Tidak tahu ibu meninggal hari apa,” katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata pemergian ibunya amat mengejutkan kerana mendiang tidak pernah menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan sebelum ini.

Tambahnya lagi, ibunya ditemui dalam keadaan kaku dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari dengan ubat sakit perut berada di sisi ketika siasatan polis dijalankan.

“Kawan ibu buat laporan polis dan selepas disemak, semuanya okay dan tiada kes jenayah. Kemudian bawa mayat ke hospital.

“Arwah tiada sakit apa-apa. dia sihat macam biasa. Cuma polis kata masa temui mayat ibu, disebelahnya ada ubat sakit perut,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top