MB Pahang beri semangat kepada Chenta Rifqa di IJN

MB Pahang beri semangat kepada Chenta Rifqa di IJN

KUANTAN – Nasib pelajar tingkatan satu, Chenta Rifqa Mohd Izdwan yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy ketika dihubungi berkata, beliau menziarahi pelajar berkenaan bersama isterinya, Datin Seri Burhah Mohamed  hari ini.

Kehadiran Tok Wan sekali gus memberi semangat kepada Chenta yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

“Sayu hati saya melihat keadaan adik Chenta Rifqa Mohd Izdwan sewaktu saya dan isteri melawatnya di IJN hari ini.

“Saya sempat berbual dan memberi kata-kata semangat kepada adik Chenta selain menyampaikan sumbangan peribadi kepadanya,” katanya.

Wan Rosdy sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit selain menghulurkan sumbangan peribadinya bagi meringankan beban keluarga pelajar itu.

Malah Wan Rosdy mahu kerajaan negeri Pahang turut membantu menampung kos rawatannya.

Chenta bersama ibunya Suriani Mohd Idrus

Adik Chenta Rifqa merupakan pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Kuantan itu menghidap masalah jantung serta memerlukan kos rawatan yang tinggi bagi merawat penyakitnya.

Orang ramai yang berhasrat membantu adik Chenta boleh menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bapanya, Mohd Izdwan Abd Razak di talian 017-906 5932 dan menyumbang menerusi nombor akaun Bank CIMB 7036488792. – MalaysiaGazette

Scroll to Top