WAKIL penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe menafikan laporan yang mendakwa pemain itu telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas ini.
Kontrak Mbappe dengan PSG akan tamat pada penghujung musim dan dia kini bebas untuk membincangkan pra-kontrak dengan kelab lain.
Real Madrid telah lama dikaitkan untuk menandatangani penyerang itu, dan Foot Mercato melaporkan pada Isnin bahawa Mbappe telah bersetuju dengan terma mengenai perpindahan musim panas ke Santiago Bernabeu.
Bagaimanapun, kem Mbappe mengeluarkan kenyataan kepada RMC Sport pada Selasa yang menolak dakwaan tersebut.



