Mbappe sedia beraksi menjelang Piala Dunia

Mbappe sedia beraksi menjelang Piala Dunia

MADRID: Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengesahkan dia telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan bercita-cita untuk bermain dalam semua baki perlawanan Real Madrid musim ini sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia.

Pemain berusia 27 tahun itu terlepas empat perlawanan liga pada 2026 akibat masalah lutut yang berlanjutan dari musim lalu namun diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-64 ketika Madrid menewaskan Atletico 3-2 pada Ahad.

Mbappe turut dinamakan dalam skuad Perancis untuk perlawanan persahabatan menentang Brazil pada 26 Mac ini dan Colombia tiga hari kemudian di Amerika Syarikat (AS), tuan rumah bersama Kanada dan Mexico pada Piala Dunia bermula 11 Jun hingga 19 Julai ini.

“Saya telah membuat pemulihan 100 peratus. Saya bersiap untuk dua edisi terakhir Piala Dunia dengan cara terbaik iaitu bermain, menjaringkan gol, memenangi kejuaraan dan berjuang hingga minit terakhir untuk kelab saya.

“Tahun ini, saya akan melakukan perkara yang sama untuk tiba dalam prestasi terbaik,” kata Mbappe.

Perancis berada dalam Kumpulan I di Piala Dunia bersama Norway, Senegal dan pemenang playoff antara benua. – AGENSI

Scroll to Top