MBI semarak syiar Islam menuju Bandaraya Sejahtera

MBI semarak syiar Islam menuju Bandaraya Sejahtera



DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah kepimpinan Datuk Bandar, Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud yang terus menyemarakkan syiar Islam dengan pelbagai inisiatif bermanfaat.

Advertisement

Terbaru dilancarkan Surau Bergerak MBI menggunakan sebuah bas yang dilengkapi kemudahan asas untuk bersolat termasuklah sistem air wuduk, sistem hawa dingin, generator, alat audio video beserta sistem waktu azan dan kanopi.

Sudah tentu usaha murni pihak MBI yang berimpak tinggi dalam menjadikan Ipoh sebagai bandaraya sejahtera boleh terus diperluas setelah mengembalikan pembudayaan tulisan jawi di papan tanda, siaran slot agama Radio MBI serta mewajibkan pengurusan bazar Ramadan menyediakan ruang solat yang selesa dan bersesuaian serta pelbagai lagi program yang dilaksanakan MBI.

Ternyata peranan yang dimainkan Ahli Majlis MBI daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan rakan-rakan bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam MBI serta Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dan Perpustakaan Tun Razak seumpama ini turut memberi kebaikan kepada warg kerja MBI dan warga masyarakat.

Justeru DPPN Perak sentiasa menyokong segala usaha MBI dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Perak yang sentiasa berusaha dalam memastikan segala aspek pengurusan yang berintegriti dan operasi patuh syariah dapat dilakukan dalam pengurusan pentadbiran.

“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”

Sekian, terima kasih

HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 17/3/2022



Scroll to Top