McDonald’s teruskan komitmen kemasyarakatan sempena Syawal

McDonald’s teruskan komitmen kemasyarakatan sempena Syawal

BANGI – McDonald’s Malaysia meneruskan komitmen kemasyarakatannya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi siri jelajah sambutan komuniti di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada Jumaat.

Inisiatif berkenaan merupakan kesinambungan daripada usaha kebajikan dijalankan sepanjang Ramadan lalu, sekali gus mencerminkan dedikasi syarikat rangkaian makanan segera itu dalam menyokong komuniti tempatan serta mencipta kenangan manis buat rakyat Malaysia.

Sepanjang Ramadan, McDonald’s Malaysia melaksanakan pelbagai program termasuk menyediakan moreh kepada 300 masjid dan surau di seluruh negara, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari rumah anak yatim berhampiran serta mengedarkan Kit Ramadan kepada keluarga dan kanak-kanak di Rumah Ronald McDonald.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkenalkan sampul raya eksklusif yang menampilkan hasil lukisan kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald, sekali gus menyerlahkan kreativiti dan keceriaan mereka.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dalam kenyataan berkata, sambutan itu bukan sekadar meraikan perayaan, sebaliknya mencerminkan semangat kebersamaan dan saling menyokong dalam kalangan masyarakat.

Antara ribuan pengunjung dan tetamu yang hadir pada majlis diadakan di McDonald’s Bandar Baru Bangi pada Sabtu

Antara ribuan pengunjung dan tetamu yang hadir pada majlis diadakan di McDonald’s Bandar Baru Bangi pada Sabtu

“Sejak sekian lama, ia menjadi sebahagian daripada tradisi McDonald’s untuk terus memberi kembali kepada komuniti, dari bulan Ramadan hingga ke Syawal.

“Hari Raya adalah masanya untuk membuka pintu hati dan rumah kita, serta menghargai hubungan sesama kita yang paling bermakna.

“Melalui program sambutan ini, kami berharap dapat memanjangkan semangat kemesraan dan ukhwah kepada komuniti yang kami layani, bagi mencipta detik-detik kebersamaan yang mencerminkan erti Raya yang sebenar,” ujarnya.

Sambutan Syawal itu bermula di restoran pandu-lalu McDonald’s Bandar Baru Bangi di sini pada Jumaat dan disempurnakan oleh Azmir yang kemudiannya akan diteruskan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Restoran turut dihias dengan tema perayaan bagi mewujudkan suasana Raya yang ceria, selain para tetamu disajikan dengan persembahan kompang, tarian joget tradisional, hiburan secara langsung serta permainan interaktif bersama maskot McDonald’s.

Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, McDonald’s Malaysia turut mengedarkan 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma di setiap lokasi, bersama Pai Epal dan minuman Teh Fuze.

McDonald’s Malaysia juga akan mengedarkan 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma di setiap lokasi, bersama Pai Epal dan minuman Teh Fuze.

McDonald’s Malaysia juga akan mengedarkan 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma di setiap lokasi, bersama Pai Epal dan minuman Teh Fuze.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Hael, Merqeen, SonaOne, Alyph, Dayang Nur Faizah dan Nadeera Zaini yang menghiburkan tetamu serta berinteraksi dengan peminat.

Turut memeriahkan acara ialah kumpulan Caliph Buskers yang terkenal dengan kisah perjalanan penuh inspirasi dan semangat komuniti yang kuat.

Program sambutan Syawal ini mencerminkan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam menyantuni masyarakat di kawasan kejiranan tempat ia beroperasi, selain menjadikan setiap musim perayaan sebagai peluang untuk memberi kembali serta meraikan kepelbagaian budaya tempatan termasuk Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Kaamatan dan Deepavali.

Di luar musim perayaan, McDonald’s Malaysia turut melaksanakan lebih 10,000 inisiatif komuniti setiap tahun di lebih 370 restoran di seluruh negara, termasuk program bersama rumah kebajikan, sekolah serta pelbagai aktiviti komuniti sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mendekati masyarakat.

Scroll to Top