MCMC Ambil Tindakan Sivil Terhadap Edisi Siasat Dan Edisi Khas Di Telegram | Trending – Oh! Media

MCMC Ambil Tindakan Sivil Terhadap Edisi Siasat Dan Edisi Khas Di Telegram | Trending – Oh! Media

Trending

MCMC ambil tindakan mahkamah terhadap Edisi Siasat dan Edisi Khas kerana sebar kandungan memudaratkan.


Dua saluran Telegram yang cukup terkenal, Edisi Siasat dan Edisi Khas, kini berdepan tindakan undang-undang daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam satu kenyataan, MCMC berkata, dua saluran tersebut didapati menyebarkan kandungan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam serta menghakis kepercayaan terhadap institusi negara.

Telegram didakwa gagal bertindak, mahkamah keluarkan injunksi interim

Mcmc

Tindakan sivil terhadap kedua-dua saluran terbabit dibuat kerana melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa yang lebih mengejutkan, ini merupakan tindakan pertama seumpamanya terhadap platform media sosial oleh MCMC memandangkan Telegram adalah pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP(C)”].

Edisi Siasat

Dakwa MCMC, Telegram gagal menangani isu ini walaupun sudah banyak kali dilaporkan dan melalui pelbagai usaha rundingan telah dilakukan.

MCMC terpaksa memohon perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi untuk menghentikan penyebaran kandungan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan seumpamanya.

Untuk rekod, saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas sebelum ini sering berkongsi pendedahan daripada orang awam berkaitan isu perjudian dan dakwaan rasuah melibatkan anggota penguat kuasa.

Pssttt! Fuh, sampai kena tindakan sivil tu. Mahkamah pun dah keluarkan perintah interim. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ni.

Kredit: Facebook SKMM | MCMC
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top