MCMC Buru Individu Menyamar Pakar Bedah Kes Zara Qairina

MCMC Buru Individu Menyamar Pakar Bedah Kes Zara Qairina

Oh! Negara

MCMC dan PDRM buru individu TikTok yang menyamar pakar bedah kes Zara Qairina.


Korang pernah tak terfikir macam mana bahayanya bila ada individu suka-suka buat cerita palsu di media sosial? Inilah yang berlaku bila seorang pengguna TikTok mendakwa dirinya sebagai pakar bedah dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Lebih parah, cerita tak sahih tu sempat tular sampai ramai percaya seolah-olah ia benar.

MCMC kenal pasti individu terlibat buat cerita palsu kes Zara Qairina…

Fahmi fadzil0812 1670501647

Menurut laporan Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam usaha mengenal pasti siapa sebenarnya individu berkenaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata individu itu mendakwa dia hadir pada proses bedah siasat jenazah Zara pada 10 Ogos lalu.

Tapi semakan Kementerian Kesihatan (KKM) jelas menunjukkan individu tersebut bukan doktor pakar dan langsung bukan petugas KKM.

Maklumat palsu timbulkan kekeliruan awam…

Zara Qairina

Fahmi menjelaskan lagi, individu terbabit menyebarkan pelbagai maklumat palsu melalui siaran langsung di TikTok, sehingga beri gambaran seolah-olah apa yang dia cerita itu benar-benar berlaku. Malangnya, kandungan itu sempat tular dan menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Malah, perkara ini turut disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, selepas mendapat laporan rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Nor Azimi Yunus berdasarkan maklumat pakar forensik sebenar.

Ketua pasukan forensik dalam kes ini telah memaklumkan bahawa individu berkenaan bukan pakar forensik dan segala maklumat disebarkan adalah palsu.- Kata Fahmi.

Akaun TikTok dah jadi private…

Zara Qairina

Lebih mencurigakan, akaun TikTok individu itu kini telah ditukar kepada private, sekaligus menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesannya. Dalam masa sama, Fahmi mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang dakwaan di media sosial, apatah lagi daripada individu yang tidak diketahui identitinya.

Beliau juga menegaskan bahawa menyebarkan maklumat palsu adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Pssttt! Korang, kisah ni memang jadi pengajaran besar. Jangan sesekali mudah percaya dengan cerita yang belum tentu sahih, terutama kalau datang dari media sosial. Silap-silap, kita bukan saja jadi mangsa salah faham, tapi boleh terkena tindakan undang-undang kalau turut sebarkan. Jadi, pastikan semak dulu sumber sebelum kongsi ya!

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top