Media Indonesia Bandingkan Pemain Harimau Malaya Dan Garuda

Media Indonesia Bandingkan Pemain Harimau Malaya Dan Garuda

Oh! Arena

Kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam tarik perhatian media Indonesia. Mereka puji Malaysia.


Malaysia bukan saja menang, tapi ‘tapau’ Vietnam 4-0 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, dan ini jadi topik hangat bukan je di Malaysia, tapi sampai ke media Indonesia!

Walaupun rata-rata warga Indonesia mengutuk cara Malaysia tetapi media sana kagum dengan cara kita. Mereka merasakan pendekatan Malaysia dalam isu pemain naturalisasi lebih teratur.

Malaysia main strategi, bukan main tarik je…

Menurut laporan dari Soha.vn dan Tribun News, mereka melihat Malaysia lebih tersusun dari segi strategi dan kualiti dalam pemilihan pemain warisan.

Hasilnya amat ketara apabila pemain warisan Malaysia bukan sahaja cepat menyesuaikan diri, malah mempamerkan corak permainan yang agresif, tersusun dan bertenaga.

Vietnam pun tunduk, bekas pemain pun mengaku hebat…

Bekas pemain Vietnam, Nhu Thuan sendiri mengaku Harimau Malaya sekarang lain macam!

Gaya permainan Harimau Malaya kini seakan-akan pasukan Eropah, lengkap dengan disiplin taktikal, kekuatan fizikal dan ketajaman serangan yang menggerunkan.

Tribun News puji Malaysia yang tak terburu-buru. Pendekatan Malaysia dilihat berdasarkan falsafah bola sepak moden, bukan setakat nak cepat menang.

Malaysia bukan sahaja mendominasi permainan selama 90 minit, tetapi juga konsisten menekan lawan hingga wisel penamat.

Tapi tak semua setuju. Pengulas Vietnam, Ta Bien Cuong risau kalau naturalisasi berleluasa, identiti bola sepak negara boleh terhakis.

Jika perkara ini dibiarkan, identiti bola sepak sesebuah negara boleh terhapus secara perlahan-lahan.

Jurulatih Malaysia, Peter Cklamovski dah lali kena kritik…

Jurulatih Harimau Malaya pun bersuara! Peter Cklamovski dah penat kena kritik, tapi kemenangan ini buktikan semua usaha selama ini ada hasil.

Saya sudah muak mendengar kritikan. Tapi lihatlah hasilnya sekarang. Inilah bola sepak moden.

Media Indonesia sendiri tak dapat nafikan Malaysia kini beri isyarat jelas bahawa Harimau Malaya sedang bangkit dan menuju ke satu tahap baharu yang lebih tinggi!

Pssttt! Kemenangan ni bukan sekadar tiga mata tapi satu tamparan buat semua yang pernah persoalkan strategi Harimau Malaya. Bila strategi betul, pemain berkualiti, dan disiplin diterapkan, hasilnya memang padu. Semoga kemenangan ni bukan yang terakhir, tapi jadi permulaan untuk Malaysia melangkah lebih jauh dalam arena bola sepak Asia!

Kredit: Tribun news
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top